Pages

Monday, June 20, 2011

~APABILA TIADA NALURI KEIBUAN~




HARI ini saya ditanya apakah saat paling bahagia selepas saya mendirikan rumah tangga.... tanpa berfikir panjang saya menjawab, saya paling bahagia apabila dikurniakan cahaya mata sekali gus bergelar ibu....

....Sememangnya bagi setiap wanita saat menatap bayi yang baru dilahirkan sukar digambarkan dengan kata-kata.... malah mendengar tangisan pertamanya sudah cukup meruntum jiwa dan meleraikan segala kesakitan serta kesukaran yang ditanggung selama 9 bulan.

....Dan perasaan istimewa itu hanya dirasai oleh insan bergelar ibu dan ia kekal sehingga ke akhir hayat andai terputusnya hubungan antara anak dan ibu atas sebab apa sekalipun.

Umpama lautan tidak bertepi.... begitulah kasih sayang yg dicurahkan oleh ibu kpd anaknya cuma pendekatan yg digunakan mungkin berbeza.... Begitu juga hakikat bahawa kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nya tidak pernah berubah sejak dahulu kala hinggalah ke zaman teknologi maklumat dan komunikasi....

Namun gejala pembuangan bayi yg semakin menjadi2 seolah-olah menidakkan perasaan halus wanita utk menyayangi bayi yang dikandungnya selama kira2 9 bulan itu.

....Entah apa yg merasuk jiwa ibu2 muda ini sehingga tergamak bertindak sedemikian rupaya sedangkan bayi yg tidak berdosa itu tidak pernah diminta lahir ke dunia.

Mereka menjenguk muka bumi ini disebabkan oleh keterlanjuran "ibu dan bapa" yg bukan sahaja enggan b/tanggungjawab malah bertindak di luar batas kemanusiaan.

....Itu belum lagi diambilkira tindakan nekad "bakal2 ibu" menggugurkan bayi dlm kandungan semata2 kerana "malu" utk menanggung malu..... mungkin rasa malu kini mengatasi naluri keibuan yg sepatutnya menjadi pendinding utk menghalang kaum wanita dpd bertindak demikian rupa....

....Keterlanjuran seorang gadis sehingga menyebabkan lahirnya bayi yg tidak diingini itu tidak harus diakhiri dgn tindakan yg silap...

Justeru itu banyak perkara yg mesti dijadikan renungan....menangani gejala sosial terutama yg melibatkan pembuangan bayi supaya tidak wujud kelompok "ibu2 muda" yg hilang naluri keibuan.

Malah jauh daripada itu kita mesti merenung nasib anak2 gadis yg belum bersedia utk menjadi ibu tetapi "terpaksa" menerima status tersebut......

Wallahuallam....


Nota : SEMPENA HARI IBU
- Wartawan Utusan Noraini Abdul Razak

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...