Pages

Sunday, June 19, 2011

~Profile~

Assalamualaikum wbth...

Alhamdulillah...
Diberi nama Saridah binti Senin oleh kedua ibu bapa tercinta, Allahyarham Senin bin Hj Alias dan Allahyarhamah Masringah binti Hj Nor.

Saya dilahirkan dalam bulan April dan berbintang Taurus di sebuah kampung iaitu Kg. Sg. Gulang-Gulang, Tg. Karang, Selangor Darul Ehsan.  Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Batu 7 Tg. Karang selama 6 tahun dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Dato' Harun Tg. Karang selama 3 tahun seterusnya 2 tahun di Sekolah Teknik Setapak Kuala Lumpur.

Saya suka menulis mengikut perasaan saya...selalunya tulisan yang saya tulis berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan khas kepada seseorang seperti keluarga rakan-rakan.

Pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan dan kini telah berhenti atau bersara awal dan mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa dengan aktiviti sampingan sebagai blogger. 

Merupakan seorang isteri kepada suami dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang seri dan menjadi amanah dari Allah SWT.

Saya adalah seorang anak, isteri, ummi dan muslimah yang sentiasa ingin memperbaiki diri.

Salam ukhuwah...

~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...