Pages

Wednesday, June 22, 2011

~istimewanyer nasi ambang~


~Nasi Ambang atau ambeng ini adalah makanan tradisi masyarakat Melayu Jawa yang biasanya dihidangkan semasa majlis keramaian seperti kenduri, tahlil arwah dan lain2. Keunikan nasi ini ialah ia dihidangkan untuk 3-5 org didlm satu talam bulat dan dimakan secara beramai2. Kadang2 nasi tersebut tidak dimakan di tempat tersebut sebaliknya tuan rumah akan menyediakan pinggan atau membekalkan pembungkus supaya makanan tersebut boleh dibawa pulang dan dimakan bersama keluarga di rumah.

Hidangan Nasi Ambang mengikut tradisi  boleh mencapai 21 jenis lauk, namun mutakhir ini lauk2 tersebut telah dikurang antara 4-8 sahaja. Antara bahan yg biasanya ada utk menyediakan Nasi Ambang zaman sekarang ini ialah :-

- ayam atau daging masak kicap / pedas / goreng / rendang
- sambal goreng
- serunding kelapa
- mee hun/mi kuning goreng
- ikan kering
- tempe goreng / tempeyek
- ulam2

Setakat ini, Nasi Ambang majoritinya mudah didapati di Johor, Selangor dan di negeri2 lain masih susah untuk jumpai, jadi keunikan nasi ini masih misteri lagi. Jika berkunjung ke Johor dan Selangor jgn lupa mencuba Nasi Ambang ini~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...