Pages

Tuesday, September 20, 2011

~Jodoh Dulu & Jodoh Sekarang~

Salam ukhuwah utk pembaca..
Dulu2 pilih jodoh dlm perkahwinan ditentukan oleh ibubapa. Ibubapa memainkan peranan penting dlm menentukan jodoh anak2nyer. Istilah cinta dulu kemudian kahwin jarang2, masa dulu yg ada kahwin dulu kemudian cinta.

Ibubapa memilih gadis2 yg baik2 utk dijadikan menantu. Keutamaan bukan cantik, ciri utama adalah budi bahasa & adab sopan serta boleh mengurus rumahtangga spt mengemas, memasak & tidak keluar rumah dgn sesuka hati. Gadis2 yg tdk memiliki ciri2 spt yg disebutkan itu alamat sukarlah utk mendptkan jodohnyer sekalipun rupa paras mmg ader.

Diwaktu itu sgt malu kalau seorg gadis itu lambat dipinang org, adalah suatu yg janggal jika ada ibubapa membenarkan anak gadis bekerja apatah lagi kalau tinggal berjauhan.

Skrg lain..pilihan keluarga atau pilihan sendiri, mestilah nak yg boleh ngam dgn pasangan. Bab kahwin ni, bukan nak setahun dua katanyer..kalau boleh nak sampai ke syurga. Kalau pilihan sendiri, mungkin dah kenal serba sedikit perangai dan latar belakangnya.

Skrg wanita mendpt peluang utk bekerja spt lelaki..setelah tmat persekolahan anak2 muda samada perempuan/lelaki cuba mendptkan pekerjaan di bandar2. Ramai anak2 muda tidak mahu lagi jodoh mereka ditentukan oleh org tua mereka. Sebaliknyer mereka sendiri yg mencari dan memilih teman yg sesuai dan suka utk menjadi calon isteri/suami.

Sesiapa pun jodoh kita..biarlah dia akan menjadi penyejuk mata, hidup bersama bukan sehari dua..dunia akhirat bersama itulah impian kita..

Berdoalah..
"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina min qurrati a'yun, waj 'alna lil muttaqinna
Imamma
".
Ertinya..
"Tuhan kami kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yg menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kpd org bertaqwa".

Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia Sahih Muslim:2661)

Wallahualam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...