Pages

Thursday, October 4, 2012

Setahun sudah ber blog...(happy birthday)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Terima kasih kerana sudi membaca entry2 anna. InsyaAllah..setiap penulisan perlulah berhati2 kerana penulisan ini bukan sahaja dinilai manusia, tetapi juga dinilai Allah Azza Wa Jalla.. Allahu a’lam..

Mana yang buruk, jadikan sempadan. Mana yang baik jadikan teladan. Enjoy your self during reading my entries. Jazakumullahu khair kerana sudi singgah di blog anna "Teratak Damai". Semoga Allah merahmati dan melindungi kita daripada fitnah Ad-Dajjal. Amin..

Buat suami, jika tulus kasihnya awak terhadap saya, maka kasihilah dan setialah pada saya hingga hujung nyawa saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan keperluanmu, menghiburkan hatimu... Tiada wanita di muka bumi ini mahu bermadu melainkan wanita itu sakit dan tidak mampu memberikan zuriat untuk suami tercinta. Jika ditakdirkan saya ‘pergi’ dahulu, awak boleh berkahwin lain… Tetapi izinkanlah saya menjadi KETUA BIDADARI awak di Syurga Allah nanti… Saya mencintaimu kerana Allah... suami dan ayah kepada zuriat…

Alhamdulillah... Insya Allah... Buat zuriatku, Empat cahaya mata (kenangan sepanjang hayat...membesarkan dengan rasa kedamaian).

Setiap satunya mempunyai kisah yang tersendiri... kedatangan cahaya mata pertama lelaki, lahir pada 12-8-1992, tentu sahaja penuh dengan rasa teruja... kelahirannya disambut dengan seribu kesyukuran... tambah pula, lahirnya cukup sifat.

Genap setahun, rezeki Allah bertamu lagi... cahaya mata kedua perempuan lahir pada 2-8-1993, menjadikan buah hati jadi sepasang... lahir dengan sempurna, biarpun dalam suasana kelam kabut tatkala ayahanda sakit... syukur sebesar-besar syukur, kelahiran anak kedua bagai bunga merah mekar di laman hijau...serinya, Tuhan sahaja yang tahu.

Selang dua tahun.. cahaya mata ditambah manis gula hati dengan tibanya adik ketiga perempuan, lahir pada 22-12-1998... setelah masuk minggu ke-28, doktor mengesahkan saya mengalami komplikasi Placenta Praevea Stage 2 yang membawa risiko pendarahan hingga menutup sebahagian atau keseluruhan cervix, maka kelahiran kali ini mestilah dibuat secara pembedahan.

Genap empat tahun setelah pulih sepenuhnya dari pembedahan namun... kehamilan keempat kali ini, perjalanannya membawa episod yang berbeza, adik keempat lelaki lahir pada 20.5.1999...dalam suasana yang banyak dugaan dan kesedihan buat semua keluarga. Tahap kesihatan, kekuatan, semuanya dihitung dan diambil kira... tidak semena-mena darah tinggi yang teramat sangat sehingga dimasukkan ke ICU... bertungkus lumus antara hidup dan mati... dengan bantuan doktor2 pakar di hospital akhirnya, rezeki dari Allah swt disambut dengan gembira... syukur diungkap... Alhamdulillah...Cukuplah hanya empat cahaya mata bagi penyeri kehidupan ini... 

Sebaik2 manusia adalah org yg selalu memberi manfaat pada orang lain. Orang berjaya bukan org yg mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat pada orang lain. Kebahagiaannya bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan pada orang lain...
 
Allahu a’lam bissowab…

~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...