Pages

Thursday, December 18, 2014

Tangisan Yarmouk


Secara kebetulan sempat menonton televisyen di Berita Al Hijrah "Tangisan Yarmouk" mengenai pelarian Palestin di Syria. Perasaan jadi sebak melihat keadaan kawasan runtuhan yg tidak selamat dan kotor, menjadi "kediaman" saudara seIslam.
"Saya tidak ada keluarga, tidak ada anak, tidak ada isteri. Saya hanya ada ALLAH..." kata seorang lelaki tua yg sudah beberapa hari tidak menjamah makanan dgn linangan air mata.
Seorang wanita muda yg menggendong bayinya sudah kekurangan susu badan juga kerana beberapa hari tidak makan. Air matanya mengalir tanpa henti menceritakan sudah hampir 8 bulan terpisah dgn suami yg dicintai.
Seorang wanita yg lain pula sedang mendukung bayinya yg sudah tidak lagi bernafas kerana kebuluran.
Kesengsaraan, kebuluran dan air mata. Mereka di ambang kematian, tetapi dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Setiap hari mereka hanya menghitung hari bilakah bantuan akan datang atau maut yg akan menjemput mereka.       
YA ALLAH...
Lupakah kita akan nilai sebuah kesyukuran, di atas setiap "nikmat" yg dikurniakan...yg belum tentu rasa "nikmat" di sisiNya, jika nikmat itu sering lupa disyukuri dan jauh diri dari Tuhan.
Kita sering cuba menyebut-nyebut apa yg tiada, melupakan sekian banyak senarai yg ada. Kita sering mengharap sesuatu yg lebih daripada apa yg diperlukan, walaupun di bibir sentiasa mengakui adanya hari pembalasan dan akhirat yg kekal. Kita sering mendamba "kesempurnaan hidup"...sedangkan kita juga mengharapkan syurga nan indah, kita adalah kita, yg sukar mujahadah dan istiqamah.
Ketika ALLAH mengurniakan kita cukup makanan utk mengenyangkan perut, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH mengizinkan kita tinggal di kediaman yg bersih dan selesa, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH menganugerahkan insan-insan yg melindungi dan membahagiakan hari-hari kita, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Semoga hati ini dipandu, memandang dunia daripada jendela akhirat, supaya segala keindahan hari ini, tidak terhenti di sini...
Ingatan buat diriku dan pembaca...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...