Sementara tunggu giliran dipanggil
di sebuah klinik, nampak satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak
baru lepas terima rawatan.
Dekat tepi kaunter bayaran ada satu
bahan makanan yg sedang dipromosi...
...bukan bahan yg dipromosi saya nak
cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah ALLAH.
Saya nak tanya, jika kita faham akan
apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? adakah seorang ambil satu atau
sekeluarga ambik satu?
Jika kita faham seorang ambil satu
saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh
ambik satukan? maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.
Tapi apa yang menarik perhatian ialah,
bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk
kereta, bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur
anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.
Maka anaknya pun pulangkan semula
sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.
Subhanallah... begitu sekali seorang
bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut
anak-anaknya.
Sedangkan kebanyakkan yang kita
temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan
sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa,
bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?
Saya pernah dengar satu pesanan
seorang; ketika itu mereka di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan
sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu
masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi
haram."
Dengan kata lain jika kita pergi
mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di
situ, tidak boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket
dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan
majlis...
Yang kita bawa balik tu telah jadi
haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.
Maka berhati-hatilah dengan haram
halal yang kita nak anak-anak makan.
Walaupun asalnya halal, makanan
halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.
Diharap dapat dikongsikan semoga ada
kebaikannya…